MCW gesa penghakiman kes rasuah berprofil tinggi disegerakan

Iklan
Jais Abdul Karim

SHAH ALAM - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyifatkan penghakiman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai wajar dan menggesa siasatan serta pendakwaan melibatkan kes berprofil tinggi supaya dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, semua kes salah guna kuasa dan rasuah berprofil tinggi melibatkan kepentingan awam sama ada di peringkat siasatan atau pendakwaan harus disegerakan supaya tidak wujud persepsi pendakwaan terpilih.

Iklan
Iklan

"Kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan pihak berwajib bermula kecekapan menjalankan amanah dan pengadilan yang tidak berat sebelah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jais berkata, penghakiman terhadap Najib yang diputuskan oleh panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan pada Selasa membuktikan sistem kehakiman negara masih utuh dan berintegriti.

Iklan

Jelas beliau, pihaknya yakin tiada kekhilafan dalam penghakiman tersebut dan percaya ia dibuat berdasarkan fakta serta bukti yang diteliti secara profesional tanpa campur tangan mana-mana pihak.

"MCW mengucapkan syabas kepada panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat kerana tegas dalam membuat keputusan.

Iklan

"Keputusan terhadap bekas Perdana Menteri yang pernah berjasa kepada negara itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan," ujarnya.