[VIDEO] Henti sebar maklumat palsu mengenai penjara VIP

Iklan
Tangkap layar Jabatan Penjara Malaysia menasihatkan orang ramai hentikan penyebaran maklumat palsu

SHAH ALAM - Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan yang tular di laman sosial kononnya penjara atau bilik tahanan untuk individu kenamaan (VIP) tidak sama seperti bilik banduan biasa.

Jabatan Penjara Malaysia menerusi catatan di Facebook berkata, maklumat disebarkan itu adalah palsu.

Iklan
Iklan

"Hentikan penyebaran maklumat palsu,” menurut kenyataan itu.

Pada Selasa, dakwaan seorang pemilik akaun Facebook berhubung penjara untuk VIP menerima layanan berbeza berbanding banduan biasa tular di media sosial.

Iklan

Pemilik akaun Facebook itu mendakwa, penjara atau bilik tahanan untuk VIP tidak sama seperti bilik banduan biasa yang mana banduan berstatus VIP diberi akses dan kemudahan termasuk televisyen, internet, penghawa dingin dan katil serta tilam berkualiti tinggi.

"Jangan terkejut, bilik penjara VIP mungkin aksesnya lebih hebat berbanding rumah orang awam. Diberi televisyen, internet,buku, aircond dan katil tilam berkualiti tinggi.

Iklan

"Makan dan minum harian pula kos tahanan VIP tak sama seperti banduan biasa atau orang awam. Makanan dan minuman untuk banduan biasa (satu kepala RM30 sehari ), Mungkin untuk banduan VIP boleh cecah ( satu kepala RM100-150 sehari).

"Bergantung pada permintaan banduan VIP tersebut yang akan mohon melalui peguam beliau. Dari segi kualiti bilik, akses dan keperluan harian,” menurut pemilik akaun itu.