Anak pendatang haram dibenarkan bersekolah di Arab Saudi

Iklan
Arab Saudi membenarkan anak-anak pendatang haram pergi ke sekolah mulai tahun akedemik baharu ini. - Foto AFP

RIYADH - Kanak-kanak warga asing tanpa izin di Arab Saudi akan dibenarkan mendaftar di sekolah untuk tahun akademik baharu, menurut Kementerian Pendidikan pada Selasa.

Kementerian itu berkata bahawa sekolah-sekolah harus menyediakan borang-borang kemasukan ke insitusi pendidikan rendah tersebut kepada ibu bapa kanak-kanak yang tinggal secara haram di negara tersebut.

Iklan
Iklan

Pihak sekolah juga perlu mengarahkan ibu bapa tersebut untuk menghubungi pejabat kementerian di wilayah tempat tinggal mereka untuk melengkapkan prosedur yang diperlukan.

Borang kemasukan yang diluluskan perlu diserahkan kepada pihak sekolah untuk melengkapkan proses pendaftaran, lapor akhbar Gulf News.

Iklan

Kementerian itu juga perlu mengarahkan Jabatan Pendidikan di Arab Saudi untuk menyediakan laporan statistik bulanan mengenai bilangan pelajar yang mendaftar.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa di dalam borang tersebut perlu ada maklumat peribadi tentang pelajar, bapa dan ibu mereka seperti dalam pasport, permit pemastautin jika ada atau visa lawatan bersama-sama dengan alamat kediaman tetap - Agensi

Iklan