HRPZ II berjaya pindahkan organ, tisu kadaveri pertama

Iklan
Dr Zaini

KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini melakar sejarah apabila buat julung-julung kalinya berjaya melakukan prosedur pemindahan organ dan tisu kadaverik pada Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, prosedur berkenaan merupakan kali ketiga dilakukan di negeri ini selepas kali pertama dan kedua dilakukan pada 6 Ogos 2006 dan 25 Februari 2019 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Iklan
Iklan

Katanya, pendermaan organ kadaverik itu telah diuruskan oleh Unit Perolehan Organ Hospital dengan kerjasama Jabatan Ortopedik, Jabatan Forensik dan Jabatan Anaestesiologi dan Rawatan Rapi HRPZ II.

"Pihak JKNK mengucapkan takziah kepada keluarga penderma atas kehilangan orang tersayang. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada mereka atas tindakan murni tersebut.

Iklan

"Semoga segala usaha keluarga penderma ini dapat memberikan pahala yang berkekalan kepada penderma sekali gus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Dr Zaini berkata, pihaknya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak polis dan Mahkamah Majistret Kota Bharu yang membantu melancarkan prosedur berkenaan.

Iklan

"Selaras dengan konsep Keluarga Malaysia, JKNK menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, pangkat, agama dan bangsa terus menyokong serta sama-sama berikrar untuk mendermakan organ selepas meninggal dunia demi kepentingan pesakit yang memerlukan.

"Mengikut Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 1970, Islam juga mengharuskan pendermaan organ dan tisu setelah meninggal dunia. Organ dan tisu yang boleh didermakan antaranya jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, kornea mata, injap jantung, kulit dan tulang,” katanya. - Bernama