Tok Batin Taha Akhir Kampung Orang Asli Bukit Bangkong ketika ditemui baru-baru ini.
Mungkin sejarah penglibatan Orang Asli dalam perjuangan kemerdekaan negara tidak banyak diketahui oleh masyarakat umum, namun menurut Taha, 55, kisah pengorbanan nenek moyang mereka semasa negara berjuang menentang penjajah dan ancaman komunis sentiasa diceritakan oleh orang-orang tua mereka.
Justeru katanya, mereka menjadikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara untuk memperingati semangat nenek moyang mereka, khususnya yang terkorban semasa ancaman komunis, serta pengorbanan lain yang mereka lakukan termasuk terpaksa berpindah meninggalkan petempatan asal.