PRU15: UMNO Kuala Selangor hantar 20 nama calon

Iklan
Jahaya (tiga dari kanan) bersama Tengku Zafrul (empat dari kiri) hadir pada Persidangan Serentak UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini pada malam Selasa.

KUALA SELANGOR - UMNO Bahagian Kuala Selangor sudah menghantar senarai 20 nama calon untuk bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Datuk Jahaya Ibrahim berkata, seramai 15 nama calon dihantar untuk bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima calon lagi di kerusi Parlimen berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut Jahaya, semua nama calon itu terdiri dalam kalangan individu berbeza dan dipilih sebulat suara melalui jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Selangor.

"Kita sudah menghantar senarai nama calon iaitu lima calon di setiap kerusi kepada pimpinan untuk diketengahkan mewakili UMNO bagi menghadapi PRU15.

Iklan

Jelasnya, parti itu mahu kerusi Parlimen dan tiga lagi DUN iaitu Bukit Melawati, Ijok dan Jeram dapat kembali kepada UMNO.

"UMNO perlu menang di semua kerusi ditandingi bagi membolehkan kita terus memerintah di Putrajaya dan menawan Selangor," kata beliau.

Iklan

Ditanya mengenai kemelut melanda antara beliau dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Jahaya memberitahu, tiada lagi persengketaan, sebaliknya fokus untuk menghadapi PRU15.

Malah, katanya, beliau turut mengalu-alukan Tengku Zafrul untuk membantu dan memperkuat jentera UMNO bahagian itu.

"Kami sudah bekerjasama sejak sambutan Aidiladha lalu dan kini tiada masalah atau sebarang isu.

"Kalau bergaduh, tiada gunanya kerana hanya merugikan UMNO untuk berdepan dengan PRU15," katanya.