Penggunaan ganja bagi rekreasi tidak dipertimbangkan: Khairy

Iklan
Khairy Jamaluddin.c(Gambar dalam ) Tangkap layar kenyataan Khairy yang dibuat di 'IG Story' Instagram beliau pada Rabu.

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa kemungkinan kebenaran penggunaan ganja di dalam negara hanya melibatkan tujuan perubatan.

Beliau berkata, langkah tersebut tidak membabitkan untuk tujuan rekreasi.

Iklan
Iklan

"Jika bukti klinikal terkumpul menunjukkan ganja selamat dan berkesan untuk tujuan perubatan, kita akan membuat rangka kerja kawal selia yang kukuh dan garis panduan amalan klinikal.

Khairy ketika ini sedang melakukan lawatan kerja bilateral kesihatan empat hari ke Thailand bermula Isnin lalu untuk meneroka potensi penggunaan kanabis dan ketum dalam bidang kesihatan serta menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kesihatan dan Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Iklan

Thailand merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang memberi kelonggaran undang-undang dan membenarkan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

Pada Julai lalu, Khairy berkata, kerajaan bakal mengumumkan satu kerangka kerja berhubung pendaftaran produk cannabidiol (CBD) tertentu.

Iklan