Najib tidak pernah pinggirkan Pulau Pinang

Iklan
Musa

GEORGETOWN - Terlalu banyak jasa bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat dan negara yang sama sekali tidak boleh dinafikan.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang turut menzahirkan rasa dukacita atas pengekalan sabitan kesalahan terhadap Najib pada Selasa.

Iklan
Iklan

Musa berkata, walaupun Pulau Pinang bukan negeri di bawah teraju BN sepanjang tiga penggal lalu, namun rakyat di negeri ini tidak pernah dinafikan haknya semasa zaman pemerintahan Najib sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, terlalu banyak dan tinggi nilai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan ketika itu kepada masyarakat di negeri ini.

Iklan

"UMNO Pulau Pinang menggenggam erat amanat dan mandat yang diberikan Najib untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat dan seterusnya memastikan UMNO terus berdiri gagah dalam agenda tersebut.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Iklan

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Susulan keputusan itu, bekas Perdana Menteri berkenaan, diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.