BUKIT SENTOSA - Murid tahun empat meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dalam kejadian jam 6.20 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kejadian berlaku di kawasan Apartmen Seri Teluki ketika pemandu van berkenaan menghantar pulang mangsa dari sekolah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa turun dari kenderaan terbabit dan melintas di hadapan van tanpa disedari pemandu tersebut.
"Van dipandu wanita berusia 56 tahun itu terlanggar mangsa dan hanya menyedari kejadian sebaik melihat cermin sisi.
"Mangsa didapati terbaring di sebelah kiri van dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Kubu Bharu," katanya.
Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.