KUCHING - Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk menghentikan kadar tambang rata RM1 bagi bas henti-henti di semua bandar di negeri ini, kata Menteri Pengangkutannya, Datuk Seri Lee Kim Shin pada Rabu.
Katanya, kerajaan negeri mahu menggalakkan penduduk kawasan bandar dan pengunjung ke negeri ini menggunakan perkhidmatan bas tersebut bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita adakah kerajaan negeri bercadang untuk menamatkan kadar tambang rata itu yang diperkenalkan pada 18 Mei 2020, iaitu ketika pandemik Covid-19 sedang memuncak, susulan keadaan yang kini beransur pulih.
Menurutnya, bantuan itu bertujuan meringankan beban pengusaha bot iaitu perkhidmatan mereka merupakan satu komponen tarikan untuk pelancong yang ingin mengunjungi Taman Negara Bako.
"Penggunaan bot juga lebih senang bagi membawa pelancong melihat pelbagai spesies haiwan liar seperti buaya dan binatang lain di kawasan ini," tambahnya. - Bernama