SHAH ALAM - Menjadikan kecaman netizen sebagai satu strategi menaikkan nama adalah realiti yang turut berlaku apabila wujudnya pembuli-pembuli siber.
Pengarah dan pelakon, Khir Rahman berkata, individu yang mahu menaikkan nama dengan cara tersebut tidak peduli dengan hal yang mengundang kecaman.
Iklan
Iklan
"Seperti sudah jadi strategi, ada yang buat sesuatu perkara untuk dapat kecaman, selepas itu dia akan diperkatakan kemudian nama akan naik. Dia memang buat untuk mendapat perhatian.
Program dikendalikan oleh Zaim Zaini itu turut menampilkan peguam, Muhammad Amin Abdullah dan pempengaruh media sosial, Zack Kirana sebagai panelis.
Dalam pada itu, Khir berkata, apa yang lebih membimbangkan dalam isu buli siber adalah tindakan buli secara halus melalui komen-komen biasa misalnya berkaitan fizikal.
"Mereka ini tidak bersifat pembuli tetapi hanya komen tentang sesuatu yang dia rasakan tidak kena. Contohnya komen tentang berat badan seseorang. Ini dibimbangi akan beri tekanan dan impak secara senyap kepada tuan punya badan disebabkan rasa rendah diri dan sebagainya," ujar beliau.