SHAH ALAM - Pengarang bersama buku skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Billion Dollar Whale, Tom Wright menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan badan kehakiman negara tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk bekas Perdana Menteri itu sendiri.
Malah Wright berkata, keputusan tersebut turut menunjukkan sistem kehakiman Malaysia adalah jauh lebih ‘sihat’ daripada sangkaan ramai.