Pahang lulus RM50,000 geran penyelidikan

Iklan
Wan Rosdy (tengah),Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak (empat dari kanan) dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin (empat dari kiri) bersama para penyelidik penerima Geran Penyelidikan dan Pendidikan Perhutanan Taman Negeri Rompin 2023 pada majlis penyerahan surat tawaran geran itu di sini pada Rabu.PIX FB Wan Rosdy Wan Ismail.

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang meluluskan RM50,000 sebagai geran penyelidikan kepada lima penyelidik untuk melaksanakan kajian di Taman Negeri Rompin tahun hadapan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setiap penyelidik menerima geran RM10,000.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penerima terdiri Dr Ahmad Fitri Zohari dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Rosazlin Abdullah dari Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) dan Profesor Dr Rusea Go dari Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Wan Rosdy berkata, surat tawaran Geran Penyelidikan dan Pendidikan Perhutanan Taman Negeri Rompin, Pahang bagi tahun 2023 itu diserahkan kepada penerima dalam satu majlis di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Geran tersebut diharap dapat membantu penyelidik melaksanakan kajian dengan cemerlang dan sekali gus dapat menaikkan imej Taman Negeri Rompin sebagai hub penyelidikan unggul di negeri ini," katanya.