Pakistan: 903 terkorban dalam tiga bulan akibat hujan monsun, banjir

Iklan
Orang ramai mengharungi jalan yang dinaiki air di Karachi. Foto AFP

NEW DELHI - Hujan monsun dan banjir mengorbankan 903 orang di Pakistan sejak Jun, kata Menteri Perubahan Iklim negara itu Sherry Rehman.

Angka kematian termasuk 326 kanak-kanak dan 191 wanita, dan mereka yang cedera ialah 1,293 orang.

Iklan
Iklan

"Hujan lebat telah menyebabkan krisis kemanusiaan di negara ini," kata Sherry dalam satu hantaran di Twitter pada Rabu.

Wilayah selatan Sindh telah melaporkan angka kematian tertinggi iaitu seramai 293 orang, diikuti 230 kematian di Balochistan, 169 di Khyber Pakhtunkhwa (KPK) dan 164 di Punjab.

Iklan

Menurut laporan media tempatan, berjuta-juta orang memerlukan bantuan, tempat perlindungan dan barangan bantuan.

Banjir turut menyebabkan kerosakan meluas jalan raya dan infrastruktur lain serta memusnahkan ribuan rumah. - Bernama

Iklan