PH tanding PRU15 guna satu logo

Iklan
PH akan memberi fokus kepada usaha konsolidasi bagi memperkukuh PH itu sendiri.

SHAH ALAM - Pakatan Harapan akan bertanding menggunakan satu logo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan reka bentuk baharu yang akan dipertimbangkan.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan berkata, ia bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja pilihan raya.

Iklan
Iklan

"Majlis Presiden PH dalam mesyuarat bulanan semalam telah membuat beberapa ketetapan penting sebagai langkah persiapan dalam menghadapi PRU15.

"PH akan bertanding dengan satu logo, iaitu logo PH. Satu reka bentuk baharu logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15,” kata kenyataan tersebut pada Khamis.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Wilfred Madius Tangau dan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.