Nyaris rentung rumah sepupu terbakar

Iklan
Rumah sepupu (gambar kecil: Hamiah) yang terbakar di Jalan Mata Kucing, Kampung Mata Kucing, Pengkalan Rama, di sini pagi Khamis.

MELAKA - Tindakan pantas orang awam yang menjerit dan mengetuk pintu rumah seorang wanita menyelamatkannya daripada rentung dalam kebakaran di Jalan Mata Kucing, Kampung Mata Kucing Pengkalan Rama, di sini pagi Khamis.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Hamiah Abdul Karim, 45, yang bekerja sebagai pembantu klinik berada di rumah manakala suaminya keluar menghantar anak ke sekolah.

Iklan
Iklan

Hamiah berkata, kebakaran bermula dari rumah sepupunya, Abdul Latif Abu, 56, yang tinggal bersendirian sebelum mula merebak ke rumah yang didiaminya.

Menurutnya, jeritan dan ketukan pintu rumah oleh orang awam yang memaklumkan rumah Abdul Latif terbakar membuatkan dirinya panik.

Iklan

"Saya bergegas keluar rumah dan hanya sempat meminta tolong daripada anak saudara untuk menghubungi bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Timbalan Penguasa II Yazid Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 pagi sebelum jentera digerakkan dengan kekuatan 20 anggota bomba.

Iklan
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman api.

Menurutnya, setiba di lokasi didapati sebuah rumah jenis separuh kekal terbakar 90 peratus dan kerja-kerja pemadaman api terus dilakukan.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.18 pagi sebelum operasi ditamatkan 9.21 pagi.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.