Komuniti Tamil Jaffna main peranan penting dalam masyarakat

Iklan
Sultan Nazrin Shah -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Komuniti Tamil Jaffna telah memainkan peranan penting dalam setiap aspek masyarakat Malaysia, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Dikenali dengan kekayaan budaya dan warisan, terutama makanannya, baginda bertitah Tamil Jaffna terus menghasilkan para profesional berpengaruh dalam bidang perubatan, pendidikan dan kejuruteraan, selain politik, perkhidmatan awam dan perundangan.

Iklan
Iklan

Sultan Nazrin bertitah mereka turut melibatkan diri dalam budaya dan warisan berkaitan muzik, tarian, filem dan seni kulinari.

"Sumbangan ini adalah komponen penting dalam persekitaran berbilang kaum di Malaysia yang kita semua sayangi,” titah baginda pada majlis perasmian buku bertajuk ‘They Came From Jaffna: A Historical Culinary Journey and Enchanting Tale of Roots, Routes and Vivid Memoires, As Told By A Pioneer’s Granddaugher’ oleh Indra R. L. Iswaran, di Universiti Malaya di sini, pada Khamis.

Iklan

Sultan Nazrin bertitah komuniti itu juga telah banyak menyumbang secara signifikan kepada pembangunan Singapura dan Malaysia sejak migrasi mereka pada lewat abad ke-19.

"Jika (seseorang) menaiki kereta api dahulu, pasti akan bertemu ramai ketua stesen (berketurunan) Tamil Ceylon (Jaffna). Ramai ketua kerani di pejabat kerajaan dan agensi perniagaan juga dari komuniti ini.

Iklan

"Mereka boleh ditemui di perkhidmatan pos, jabatan kerja raya dan menguruskan ladang. Ramai Tamil Ceylon juga menjadi guru, menunjukkan tahap kefasihan Bahasa Inggeris mereka yang tinggi,” titah baginda.

Mengenai buku tersebut, Sultan Nazrin bertitah baginda sangat menghargai buku tersebut kerana ia mengetengahkan ketulenan budaya sesuatu komuniti serta menggabungkan warisan kulinarinya yang dengan pengaruh tempatan dan antarabangsa.

Baginda bertitah buku unik itu berjaya menyentuh semua deria iaitu kepuasan intelektual dari kandungan butiran sejarahnya; kepada nikmat estetik yang diperoleh dari ilustrasi dan foto indah; kepada aroma dan rasa yang diingati dan dibayangkan hasil perkongsian resipi sarat perincian.

"Bagi beta sebagai seorang ahli sejarah, jalinan imej, suara dan rasa dari masa lampau bagaikan sebuah jendela istimewa kepada masa dahulu,” titah baginda. - Bernama