Kanada sahkan 1,206 kes cacar monyet

Iklan
Gambar hiasan

OTTAWA - Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) mengesahkan 1,206 kes cacar monyet termasuk 32 kes yang dimasukkan ke hospital di negara itu setakat Rabu.

Peningkatan kes baharu nasional menunjukkan ia merebak dengan perlahan dalam beberapa minggu terakhir, namun ia merebak ke lebih banyak wilayah.

Iklan
Iklan

Agensi kesihatan itu berkata, daripada kes yang disahkan, 583 kes adalah dari Ontario, 471 dari Quebec, 125 dari British Columbia, 19 dari Alberta, tiga dari Saskatchewan, dua dari Yukon selain masing-masing satu dari New Brunswick dan Manitoba, lapor Xinhua.

Agensi itu telah mengagihkan lebih 105,000 dos vaksin Imvamune ke negeri dan daerah. Lebih 59,000 orang telah diberi vaksin dengan sekurang-kurangnya satu dos pada 14 Ogos.

Iklan

Pakar mengatakan cacar monyet merupakan penyakit virus yang boleh menjangkiti manusia menerusi sentuhan dengan orang yang dijangkiti, termasuk melalui pelukan, ciuman, urutan atau hubungan seksual. - Bernama

Iklan