Daddy sedang biasakan diri dengan rutin baharu: Nooryana

Iklan
Nooryana Najwa (kiri) berkongsi kisah bapanya, Najib (depan) di Instagram pada Rabu. - Foto Bernama

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membiasakan diri dengan rutin baharunya di Penjara Kajang yang sama sekali berbeza dengan jadual yang dilalui selama ini.

Perkembangan terkini itu dikongsikan anaknya, Nooryana Najwa menerusi aplikasi Instagram miliknya pada malam Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut Nooryana Najwa, bapanya dalam keadaan sihat, malah, semangat perjuangan juga masih kuat meskipun agak keletihan selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Katanya lagi, kelmarin wakil daripada barisan peguam dapat berjumpa bapanya di penjara.

Iklan

"Keperluan asas daddy diberikan dan beliau sedang membiasakan diri dengan rutin baharu, berbeza dengan jadual harian ‘Bossku’ yang sentiasa padat.

"Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana mengambil berat keadaan beliau. Kami sangat menghargai keprihatinan anda,” katanya.

Iklan

Semalam, Nooryana Najwa memuat naik pesanan bapanya yang mahu mereka sekeluarga meneruskan perjuangan.

Katanya lagi, dia sekeluarga di samping penyokong akan membuat yang terbaik bukan sekadar untuk Bossku tetapi juga untuk Barisan Nasional (BN)/ UMNO dan rakyat.