KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menahan seorang pemandu lori selepas dikesan membuang sampah industri secara haram di Jalan Selat Selatan di sini pada Khamis.
Menerusi kemas kini di Facebook MPK, aktiviti itu terbongkar sewaktu anggota penguat kuasa MPK menjalankan pemantauan di lokasi berkenaan.
Menurut kenyataan itu, pemandu lori tersebut didapati membuang sampah melibatkan kotak, kayu dan batu daripada kerja-kerja pembersihan premis.
"Individu itu ditahan dan lorinya dibawa ke pusat tunda MPK untuk sitaan.
"Tindakan sitaan dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 4 Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (PPPS) MPK 2007," menurut kenyataan itu pada Khamis.
Tambah kenyataan itu, semakan lanjut mendapati lori tersebut beralamat di Taman Pendamar Permai Pelabuhan Klang.