KUALA LUMPUR - Beberapa individu dikatakan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaungkan kata-kata"bossku, lawan tetap lawan" sebagai solidariti kepada beliau berhubung perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kata- kata tersebut diucapkan di luar pekarangan kompleks mahkamah di sini sejurus selepas Ahli Parlimen Pekan itu keluar dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) diiringi anggota polis.