SUBANG JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan peringatan kepada pemimpin yang mengambil rasuah supaya tidak rasa selesa dan selamat daripada disiasat oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, terdapat pemimpin yang memang terpalit dengan kes rasuah seolah-olah meraikan tindakan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International sebanyak RM42 juta.
Iklan
Iklan
"Kalau kita tengok reaksi kepada keputusan Najib itu, ada pemimpin yang rasuah besar pun kata bagus tindakan itu. Aneh juga sebab rasuah tidak boleh khusus kepada seorang.
Beliau turut menegaskan Najib mempunyai hak untuk membuat rayuan mendapatkan pengampunan diraja selepas dijatuhkan hukuman tersebut.
Anwar berkata, pihak yang mendesak agar Najib diberikan pengampunan itu perlu memahami dan membaca penghakiman yang telah dibuat oleh mahkamah.
"Itu hak masing-masing (memohon pengampunan diraja), tetapi baca dulu penghakiman. Yang dia marah sangat dengan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali tu, baca keputusan dia.
"Dia (Najib) tak boleh jawab penghakiman itu maka, dia cuba serang sepertimana yang disebut oleh Ketua Hakim Negara (Tun Tengku Maimun Tuan Mat) bahawa kes terlalu terang, baca dululah.Jangan pakai marah saja. Baca dulu berapa juta masuk akaun mana, apabila dah baca dan tahu takkan kita nak pertahankan," katanya.