Malaysia #QuranHour bawa solusi dari surah Al-Sajdah

Iklan
Marhaini

SHAH ALAM – Malaysia #QuranHour kali ke-8 anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) akan membawa solusi dari surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Malaysia #QuranHour kali ke-8 akan diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 tengah hari hingga 1 petang, 30 Ogos ini.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, selari dengan tema Hari Kebangsaan 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama, surah Al-Sajdah menyajikan formula membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak.

Menurutnya, formula ini mampu menjadi panduan dan solusi dalam membina sebuah keluarga, organisasi dan negara berbudi dan penyayang yang diredai ALLAH SWT,"Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur."

Iklan

"Tahun ini kita bawa solusi dari surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

"Bacaan dimulakan dengan surah Al-Baqarah (ayat 1-5), diikuti surah Al-Sajdah ( ayat 1-5); (6-11); (12-15); (16-20); 21-25 dan (26-30) yang diselang selikan dengan tadabburnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Marhaini berkata, cabaran utama kemerdekaan selama 65 tahun adalah kesombongan jadi kita ambil panduan daripada surah Al-Sajdah dengan tiga solusi iaitu sujud, sedekah dan sabar.

"Visi sempena Hari Kebangsaan tahun ini kita ambil dari surah Al-Fajr ayat 27-30 sebab di situ ALLAH SWT menyeru wahai jiwa-jiwa yang tenang sebenarnya kemerdekaan itu adalah apabila kita mencapai ketenangan jiwa berpandukan al-Quran.

"Fokus sebagai pemimpin dan rakyat adalah ke arah jiwa-jiwa yang tenang dan dalam pada masa yang sama kita mahu menghancurkan kesombongan yang ada dalam diri kita,” ujarnya.

Tambahnya, antara jemputan yang akan hadir ialah pelakon Datuk Adi Putra; Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Nor Azamir Alias dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak.