Aaron-Wooi Yik terlalu gagah buat Sze Fei-Nur Izzuddin

Iklan
Aaron Chia-Soh Wooi Yik - Foto Badminton

[DIKEMAS KINI] BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuktikan kehadiran ke bumi Jepun kali ini bukan sekadar omong kosong apabila mengesahkan slot suku akhir Kejohanan Badminton Dunia.

Dalam aksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo pada Khamis, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu hanya memerlukan 42 minit untuk menyingkirkan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani.

Iklan
Iklan

Kemenangan meyakinkan 21-17, 21-19 pilihan keenam kejuaraan ke atas pilihan ke-11 tersebut melebarkan rekod pertemuan kepada 4-1 dalam lima pertembungan sebelum ini.

Aaron-Soh Wooi Yik bakal berdepan Choi Sol Gyu-Seo Seung Jae yang menyingkirkan Lee Yang-Wang Chi Lin, bagi perebutan tempat ke separuh akhir.

Iklan

Beregu pilihan ke-10 dari Korea Selatan itu mengatasi cabaran pilihan keempat dari Taiwan tersebut 21-17, 16-21, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam empat minit.

Kemaraan Aaron-Wooi Yik melengkapkan kecemerlangan tiga wakil negara yang disertai dua gandingan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing mengesahkan tempat di suku akhir.

Iklan