Kejayaan KL City dicemari insiden penyokong bergaduh

Iklan
Tangkap layar video tular pergaduhan antara penyokong KL City dan PSM Makassar selepas perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.

KEJAYAAN KL City memenangi aksi final Zon ASEAN Piala AFC 2022 ke atas PSM Makassar pada Rabu dicemari insiden pergaduhan di antara penyokong kedua-dua kelab tersebut.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, kelihatan segelintir penyokong KL City menyerang penyokong PSM Makassar yang menunggu bas di luar kawasan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Iklan
Iklan

Malah, dua penyokong PSM Makassar dilaporkan mengalami kecederaan di muka dan cermin bas yang dinaiki oleh mereka turut pecah akibat dibaling batu.

Tidak diketahui apakah punca serangan tersebut namun difahamkan dilakukan oleh sekumpulan samseng bola sepak.

Iklan

Bagaimanapun, difahamkan insiden pergaduhan itu sempat dileraikan oleh pihak polis yang turut mengawasi kawasan tersebut.

Ini bukan insiden pertama melibatkan para penyokong pasukan bola sepak bulan ini memandangkan perkara sama pernah berlaku di Stadium Hang Jebat membabitkan aksi tumbuk menumbuk penyokong Melaka United FC dan Sri Pahang FC.

Iklan

Sebelum itu kekecohan turut berlaku di Stadium Sultan Muhammad IV membabitkan penyokong Kelantan FC dan Perak FC sehingga menyaksikan bas pemain pelawat dibaling dengan objek seperti batu dan botol.