E-kelas akan diperkenalkan di Arab Saudi tahun ini

Iklan
Pelajar-pelajar sekolah akan mengikuti pembelajaran secara e-kelas mulai tahun ini di Arab Saudi. - Foto SPA.

RIYADH - Kementerian Pendidikan Arab Saudi telah memasukkan pembelajaran melalui e-kelas dalam jadual waktu sekolah untuk setiap peringkat pendidikan am mulai tahun ini, lapor akhbar Saudi Gazette pada Khamis.

Keputusan itu telah diluluskan sebagai sebahagian daripada beberapa rancangan akademik baharu yang diperkenalkan oleh pihak kementerian.

Iklan
Iklan

Pihak kementerian tersebut menyatakan bahawa terdapat 20 kelas sebagai sebahagian daripada aktiviti e-pembelajaran dalam jadual waktu sekolah di peringkat rendah dan 22 e-kelas di peringkat sekolah menengah.

Kementerian itu menambah bahawa akan terdapat 21 e-kelas di sekolah rendah dan 23 e-kelas di sekolah menengah.

Bagi peringkat sekolah menengah pula, terdapat 13 e-kelas pada semester pertama dan 12 e-kelas pada semester kedua dan ketiga dalam tahun pertama akademik.

Iklan

Di samping itu, akan terdapat 12 e-kelas pada tahun kedua akademik untuk semua aliran khas termasuk aliran umum, aliran sains komputer dan kejuruteraan, aliran kesihatan dan kehidupan serta aliran pentadbiran perniagaan manakala bagi aliran Syariah pula akan terdapat 11 e-kelas.

Kementerian Pendidikan telah menyediakan 16 set kurikulum elektronik untuk digunakan sebagai pengganti buku teks. Semua itu akan diperkenalkan mulai tahun akademik baharu.

Iklan

E-kurikulum akan digunakan untuk beberapa mata pelajaran di setiap peringkat sekolah sama ada rendah atau menengah. - Agensi