KUALA LUMPUR - Sebuah kereta kebal dilaporkan rosak di susur Carcosa menghala ke KL Sentral kira-kira jam 10.27 pagi pada Jumaat.
Perkara tersebut dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV) di Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Iklan
Iklan
Menurut ciapan KLCCC DBKL di Twitter, kejadian itu menyebabkan lorong jalan tengah tersebut terhalang dan trafik sesak.
"Renjer 01, 02, 05 dan 06 tiba di lokasi pada sekitar jam 10.49 pagi.
"Tidak lama kemudian, kereta kebal itu berjaya ditunda ke lokasi selamat. Kes selesai," kata ciapan tersebut pada Jumaat.