ISTANBUL - Mahkamah Turkiye pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang bintang pop wanita terkenal, Gulsen Bayraktar Colakoglu atas tuduhan menghasut kebencian berhubung komennya mengenai sekolah agama.
Dia sebelum ini terkenal kerana sokongannya terhadap hak-hak golongan lesbian, gay, biseksual, pelik dan transjantina (LGBTQ) di negara tersebut.
Iklan
Iklan
Penyanyi berusia 46 tahun itu telah ditahan di rumahnya di Istanbul dan dihadapkan ke mahkamah.
Dia dihukum penjara sementara menunggu siasatan terhadap kenyataan yang dibuatnya di atas pentas pada April lalu mengenai sekolah agama Imam Hatip.
Sekolah-sekolah itu membesarkan anak-anak untuk menjadi pendakwah Islam dan sangat kontroversi dalam kalangan penduduk Turkiye yang sekular.
Klip komen itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan anggota kanan parti berteraskan Islam pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam minggu ini.
Komen kontroversi itu menyaksikan penyanyi tersebut berkata di atas pentas bahawa sikapnya yang aneh disebabkan oleh didikannya di sekolah Imam Hatip. - AFP