Jalur Gemilang II

Iklan
Kereta Proton Satria GTi dengan nombor pendaftaran ‘Jalur Gemilang II’ milik Shamsurrijal Abdul Jamil, 57, pernah membawa nama Malaysia ke persada Antarabangsa 19 tahun lepas.

Beliau berkata kereta yang lebih dikenali dengan nama Jalur Gemilang II itu adalah kereta sama digunakannya bagi menjayakan misi berkereta secara solo ke 45 negara pada 2003.

Kereta tersebut bukti rasa cinta dan patriotisme Shamsurrijal kepada tanah air yang sentiasa tinggi, sama seperti mula-mula menjayakan misi membawa nama Malaysia.

Shamsurrijal berkata beliau berhasrat untuk memulakan kembali misi berkereta solo ke seluruh dunia menggunakan Jalur Gemilang II pada 2025.

Misi berkereta solo ke 45 negara dijayakan Shamsurrijal bermula 14 Feb hingga 23 Nov 2003 bermula dari Johor Bahru ke Moskow, Rusia dengan perjalanan mengambil masa selama 10 bulan.