'Jangan berlembut dengan individu persenda hukum Islam'

Iklan
Izudin mahu kerajaan bertindak tegas terhadap pelaku yang melanggar hukum-hakam Islam.

KUANTAN – Kerajaan seharusnya tidak berlembut dengan mana-mana individu yang sering mempermain atau mempersendakan hukum-hakam Islam kerana ia menjadikan rakyat tidak selamat dan negara porak-peranda.

Khatib khutbah Jumaat di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib Bukit Sekilau, Izudin Muhamad Amin berkata, sikap berlembut kerajaan terhadap golongan itu menjadi punca kepada rosaknya akhlak dan pemikiran generasi muda pada hari ini.

Iklan
Iklan

"Jika kita mula berlembut, lambat-laun akan bertambah pihak yang mengambil kesempatan untuk menentang kerajaan.

Mereka ini akan mempengaruhi dan merosakan pemikiran generasi muda dengan fahaman yang menyalahi hukum agama.

Iklan

"Kerajaan diminta bertindak bertegas dan berani dalam menangani golongan ini.

Malaysia adalah negara Islam dan ada undang-undang," katanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di masjid itu di sini.

Iklan

Beliau menjelaskan tindakan tegas perlu diambil terhadap golongan yang memperjuangkan kebebasan mutlak tanpa had hingga melanggar budaya dan tatasusila agama Islam termasuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Kalau ada pihak melanggar hukum-hakam agama Islam melakukan kemungkaran, lalu tindakan tegas diambil terhadap mereka.

"Jangan pula ada yang cuba membela atau menyokong kemungkaran tadi, walaupun mengetahui perbuatan tersebut memang salah," kata beliau.

Tegas beliau, pentadbiran negara harus diurus mengikut acuan sendiri tanpa ada pengaruh atau campur tangan pihak luar.

Izudin menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau.

"Jangan ada dalam kalangan kita cuba membawa pertolongan orang luar semata-mata mahu pertahankan konsep kebebasan mutlak tanpa had.

"Jangan sekali-kali kita lupa bahawa di luar sana masih ada pihak yang cuba membawa fahaman liberal dengan matlamat memperjuangkan kebebasan mutlak tanpa terikat dengan hukum-hakam agama Islam.

"Mereka ini kononnya mendakwa dan beranggapan bahawa inilah konsep kesamarataan," ujarnya.

Khatib turut mengingatkan para jemaah bahawa tindakan mempersendakan hukum Islam dilakukan dalam pelbagai cara dan bentuk termasuk melalui penulisan, lawak jenaka, perbuatan berpakaian dan sebagainya.

"Mungkin tidak sedar, kita akan ketawa mendengar lawak jenaka, namun inti patinya tanpa sedar menghina dan mempersendakan hukum-hakam agama ALLAH SWT,” ujarnya.

Sehubungan itu, Izudin mengajak para jemaah supaya muhasabah diri dan menghayati erti kemerdekaan sebenar.

Menurutnya, kemerdekaan yang dikecapi boleh runtuh bila-bila masa jika sikap rakyat tidak tahu membezakan antara batil dan hak.

"Sedarlah bahawa setiap perbuatan yang melanggar hukum-hakam agama Islam jika dibiarkan akan mengancam akidah umat Islam,” kata beliau.

Dalam pada itu, Izudin mahu para jemaah supaya sama-sama menyuarakan rasa tidak puas hati jika berlaku kemungkaran di sekeliling mereka.

Beliau yakin dengan cara ini dapat membantu pihak berkuasa dan kerajaan untuk berhadapan dengan golongan terbabit.

"Ambillah iktibar dari negara-negara luar yang runtuh walaupun sudah mencapai kemerdekaan. Keruntuhan itu disebabkan rakyat mengetepikan hukum-hakam agama,” katanya mengakhiri khutbah Jumaat.