Pasaran getah akhiri minggu urus niaga lebih rendah

Iklan
Pasaran getah Malaysia mengakhiri hari urus niaga minggu ini agak lemah. - Gambar hiasan

PASARAN getah Malaysia mengakhiri hari urus niaga minggu ini agak lemah, diheret turun oleh kemerosotan yang dialami pasaran niaga hadapan getah Shanghai selain pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS.

Seorang peniaga berkata, dagangan begitu lesu di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai pemulihan ekonomi China dan tekanan inflasi yang meluas.

Iklan
Iklan

Namun begitu, kerugian selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak, katanya.

Harga minyak meningkat pada hari Jumaat, didorong oleh tanda-tanda permintaan bahan api yang bertambah baik walaupun kenaikan seterusnya terhad kerana pasaran masih menantikan petunjuk daripada pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengenai kenaikan kadar dalam ucapannya lewat Jumaat.

Iklan

Sementara itu, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun 15 sen kepada 628.5 sen sekilogram (sekg) manakala lateks pukal susut lima sen kepada 491.5 sen sekg.

Pada jam 5 petang, harga penutup LGM untuk SMR 20 berada pada paras 630.5 sen sekg manakala lateks pukal pada 490.50 sen sekg. - Bernama

Iklan