Badminton Dunia: Impian beregu campuran musnah

Iklan
Soon Huat (kiri) dan Shevon tewas kepada pasangan Jepun pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo pada Jumaat. Foto Agensi.

IMPIAN beregu campuran untuk meraih slot separuh akhir mengiringi beregu lelaki tidak kesampaian apabila dua wakil negara tewas pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Jepun pada Jumaat.

Pasangan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mudah ditumbangkan oleh pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 9-21, 9-21.

Iklan
Iklan

Ia merupakan kekalahan ketujuh gandingan negara kepada pasangan yang berada di ranking kedua dunia itu.

Mereka turun tanpa tekanan, mudah menewaskan Kian Meng-Pei Jing dalam tempoh 28 minit.

Iklan

Nasib sama turut dialami pasangan, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang tewas di tangan pasangan ranking ketiga dunia dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 17-21, 13-21 dalam tempoh 40 minit.

Bagaimanapun, kedua-dua beregu campuran negara masih berpeluang untuk menebus kekecewaan di Tokyo itu apabila

Iklan

akan menyertai Kejohanan Terbuka Jepun di Osaka dari 30 Ogos hingga 4 September ini.

Ini bermakna hanya tinggal beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang masih membawa cabaran negara selepas mereka menewaskan beregu Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Seo Seung Jae 21-18, 21-16 pada sebelah pagi.

Mereka akan membuat perhitungan dengan wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada Sabtu.