Cubaan pecah-belah pimpinan parti: Mahdzir

Iklan
Datuk Seri Mahdzir Khalid. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diasak oleh ahli parti untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secepat mungkin ketika Mesyuarat Biro Politik UMNO Rabu lalu adalah cubaan untuk memecahbelahkan kepimpinan parti itu.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ada pihak luar sengaja mengambil kesempatan menggunakan perkembangan terbaharu dalam parti berkenaan bagi meraih kelebihan politik dengan mensasarkan ahli Parlimen Bera itu.

Iklan
Iklan

"Tak ada, itu semua bohong, kasihan pada Perdana Menteri, itu semua ada orang buatlah, media sosial ini masalahnya.

"Ada orang ambil kesempatan berkenaan apa berlaku untuk pecah-belahkan, semua tahu Ismail Sabri, Naib Presiden parti, dia jadi Perdana Menteri (manakala) Dauk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jadi Presiden,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Perdana Menteri diberi kata dua supaya mengadakan PRU15 secepat mungkin atau dipecat daripada parti.

Dalam pada itu beliau turut menafikan kata dua yang diberikan kepada Ismail Sabri jika tidak memenuhi tuntutan yang dikemukakan dalam mesyuarat itu.

Iklan

"Dua benda berlainan di tengah-tengah itu untuk pecah belahkan (kepimpinan). Siapa nak pecah-belahkan ini, orang itu nak pergi ke pilihan raya juga.

"Mereka akan gembira dan rasa berjaya melakukan perkara itu untuk mewujudkan sengketa dan perpecahan antara Ahmad Zahid dan Ismail Sabri, itu agenda mereka dan itu yang mereka mahukan sebenarnya,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai agenda pertemuan pada sesi taklimat khas Presiden UMNO yang akan berlangsung pada Sabtu, Mahdzir berkata, ia adalah untuk mengukuhkan parti.

"Ia lebih kepada atas nama untuk mengukuhkan parti," katanya.