ANAK syarikat milik XOX Berhad, XOX Pro Sport Sdn Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan Perak FC Sdn Bhd.
XOX menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengambilalihan itu selaras dengan strategi XOX Pro Sport untuk menumpukan sepenuhnya pada pemasaran dan pengurusan sukan.
Iklan
Iklan
"Ianya memang misi XOX untuk terlibat secara aktif dalam sukan sekali gus memupuk bakat sukan akar umbi tempatan serta membina warisan kelab itu.
"Lembaga pengarah dan eksekutif XOX akan menyerahkan tanggungjawab kepada pihak pengurusan Perak FC dalam operasi harian yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Bobie Farid Shamuddin," katanya di sini pada Jumaat.
Tambah kenyatan itu, pihaknya berharap ia akan mengembalikan kestabilan dan kejayaan untuk Perak FC.
"XOX berharap dengan pengumuman ini, ia akan memberikan semua penyokong rasa kestabilan dan keselamatan selepas mengetahui bahawa kelab itu berada dalam tangan yang selamat," katanya.