Aaron-Wooi Yik ada peluang ke final

Iklan
Aksi Aaron (kanan) dan Wooi Yik pada suku akhir Kejohanan Dunia di Tokyo pada Jumaat.

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berpeluang mara ke pentas final Kejohanan Badminton Dunia 2022 setelah mempamerkan prestasi cemerlang di Tokyo, Jepun setakat ini.

Pengarah Kejurulatihan (Beregu) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata, mereka dilihat sudah meningkat mutu permainan masing-masing sehingga berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir hari ini.

Iklan
Iklan

"Biarpun aksi yang dipamerkan Aaron-Wooi Yik di peringkat awal agak kurang memuaskan, namun mereka tetap berusaha dan akhirnya berada separuh akhir.

"Mereka juga didapati telah beraksi dengan penuh kesabaran dan tidak lagi tergopoh-gapah seperti sebelum ini.

Iklan

"Oleh itu, perkara ini dilihat sebagai satu perkembangan yang baik dan diharapkan ia berterusan di peringat separuh akhir nanti dan seterusnya menjamin kemaraan ke final pula,” katanya.

REXY

Aksi suku akhir pada Jumaat menyaksikan Aaron-Wooi Yik menewaskan beregu Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Seo Seung Jae 21-18, 21-16.

Iklan

Kemenangan itu menyaksikan beregu nombor enam dunia itu bakal berdepan pasangan ranking ketujuh dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada aksi separuh akhir.

Justeru Rexy mahu beregu negara fokus kepada permainan dengan mempraktikkan strategi yang beliau rancang ketika latihan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.

Katanya, mereka sebelah kaki untuk ke final, perlu lakukan yang terbaik dan jangan persiakan peluang itu dengan beraksi mengikut gaya sendiri tanpa memikirkan lawan.

"Saya tidak mahu cakap apa yang kena kita buat. Mereka sudah mengetahuinya, cuma perlu lakukan sahaja.

"Apa yang penting fokus pada permainan, yakin pada diri dan ikut strategi yang saya atur," katanya.

Atas kertas, Aaron-Wooi Yik dilihat tidak berdepan masalah untuk mengatasi pasangan India itu kerana memiliki rekod yang baik dengan mencatatkan lima kemenangan daripada lima pertemuan sebelum ini.

Sebagai rekod, pada aksi Terbuka India TATA 2017, Aaron-Wooi Yik menang 11-21, 21-17, 21-10, menang 21-18, 21-18 (Terbuka Toyota Thailand 2021), menang 81-21, 21-18, 21-17 (Terbuka Perancis 2021), menang 12-21, 21-14, 21-16 (Kejohanan Badminton Asia 2022) dan menang 21-18, 21-15.

Dalam pada itu, mengulas mengenai prestasi beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, Rexy menyifatkan gandingan berkenaan telah memberikan yang terbaik pada kejohanan kali ini.

Bagaimanapun katanya, Pearly-Thinaah dilihat gugup berdepan beregu ranking kelima dunia, Chirahu Shida-Nami Matsuyama dari Jepun pada peringat kalah mati.

"Mereka (Pearly-Thinaah) mempamerkan aksi terbaik, cuma apabila berdepan dengan beregu Jepun, mereka kelihatan agak gugup.

"Lagi pun, mereka tidak memiliki rekod yang baik dengan beregu Jepun itu kerana tidak pernah mencatatkan kemenangan ke atas mereka,” katanya.