Final Piala FA: Perkhidmatan LRT dilanjutkan

Iklan
Amir

OPERASI Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 1 pagi bagi memenuhi keperluan kira-kira 80,000 para penyokong sempena perlawanan akhir Piala FA 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 10 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan berkata, pihak Rapid Rail menyediakan tren tambahan selepas tamat perlawanan bagi keselesaan para penyokong finalis Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Iklan
Iklan

"Operasi di Stesen LRT Bukit Jalil dan akan dilanjutkan jam 1 pagi dengan tren tambahan disediakan bagi keselesaan penumpang sejurus selepas tamat perlawanan antara Terengganu FC dan JDT.

"Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT Laluan Kelana Jaya dengan mendapatkan tren di stesen pertukaran Masjid Jamek dan Putra Heights. Bagi yang ingin pulang dan meneruskan perjalanan ke Laluan MRT, mereka boleh mendapatkan tren di Stesen Plaza Rakyat.

Iklan

"Penyokong JDT kami galakkan anda meletakkan kenderaan anda di Park & Ride di stesen LRT Putra Heights (452 lot parkir) manakala penyokong Terengganu FC kami sarankan parkir kenderaan di Park & Ride di Stesen LRT Gombak (1,260 lot parkir) ini bagi memudahkan pergerakan anda ke Stadium Bukit Jalil," katanya pada Jumaat.

Beliau juga menasihatkan para pengguna LRT supaya menggunakan Touch ‘n Go selain membuat urusan menambah nilai terlebih dahulu sebelum tiba di stesen bagi melicinkan pergerakan.

Iklan

"Sila gunakan Touch ‘n Go yang sama untuk membayar pakir dan menaiki LRT bagi mendapatkan harga ‘flat rate’ berjumlah RM4 untuk bayaran pakir. Rapid Rail akan menyediakan ruang solat tambahan di Stesen LRT Bukit Jalil bagi memudahkan penyokong bersolat.

"Saya juga harapkan penyokong-penyokong dapat lakukan urusan tambah nilai lebih awal bagi memudahkan urusan tanpa perlu membuatnya di kaunter yang disediakan di stesen,” katanya.

Selain itu, Amir memberi jaminan yang Rapid Rail mampu memenuhi keperluan semua pengguna walaupun turut berlangsung konsert di Axiata Arena pada hari sama.

Jelas Amir, pihaknya melihat perbezaan waktu tamat perlawanan akhir dan konsert tersebut mampu mengelakkan kehadiran penumpang secara serentak yang memudahkmemudahkan pergerakan balik ke destinasi masing-masing.

"Pengangkutan awam untuk stesen-stesen yang disediakan boleh tampung jumlah yang agak besar dan kami tiada masalah bagi kegunaan penumpang yang hadir untuk perlawanan akhir Piala FA dan konsert.

"Tambahan masa berakhir final dan konsert sangat berbeza serta tambahan jumlah tren, saya rasa tiada masalah bagi kami menampung kapisiti penumpang yang hadir pada hari kejadian.

"Pihak kami akan berada di situ untuk bersiap sedia melihat kesesakan di stesen, jika ada sebarang keperluan untuk melanjutkan waktu operasi, kami akan beri laluan kepada tambahan tren.

"Andai berlaku kesesakan, kami sarankan agar tidak berebut kerana situasi itu boleh mengundang suasana kurang selesa dan keadaan tidak baik boleh berlaku seperti kehilangan barang selain kami turut akan meletakkan polis bantuan bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang,” katanya.