Angkara geng baju hitam?

Iklan
Tangkap layar video tular pergaduhan antara penyokong KL City dan PSM Makassar selepas perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.

KUALA Lumpur City FC (KL City) mengadakan perbincangan dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung insiden pergaduhan penyokong selepas tamat aksi final Piala AFC Zon ASEAN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard berkata, perbincangan itu lebih menjurus kepada untuk memahami perkara sebenar yang berlaku sehingga tercetusnya pergaduhan.

Iklan
Iklan

"Kami sedang berbincang mengenai perkara-perkara yang perlu difahami, bukan hanya lihat AFC perlu saman KL City kerana mereka (AFC) juga terlibat selaku penganjur.

"Lagipun insiden (pergaduhan penyokong) ini berlaku jauh dari kawasan stadium. Malah, ia dilaporkan berlaku hampir sejam selepas perlawanan tamat. Jadi ia memang memerlukan perbincangan antara KL City, AFC dan pihak polis.

Iklan

Dalam insiden itu, berlaku pergaduhan antara penyokong KL City dan penyokong PSM Makassar di luar pekarangan stadium selepas tamat aksi final Piala AFC Zon ASEAN yang menyaksikan tuan rumah menang 5-2.

Difahamkan, ada beberapa penyokong PSM Makassar mengalami kecederaan selain bas yang membawa mereka dilontar dengan batu sehingga menyebabkan kenderaan itu rosak.

Iklan

Menurut Stanley, pihaknya sangat kecewa dengan insiden pergaduhan berkenaan yang dianggap telah mencemari arena bola sepak tempatan.

"Saya sangat kesal kerana ia tak patut berlaku, tak kisahlah di luar kawasan atau di stadium kerana ia akan ada hubung kait dengan perlawanan.

"Kita dah cuba sedaya upaya tambahkan kawalan keselamatan, melalui klip video, kita boleh lihat ada kelompok individu tidak dikenali yang pakai baju hitam.

"Mereka tak pakai jersi KL City FC, tak pakai jersi PSM Makassar, tak tahu mereka itu kelompok neutral atau daripada mana-mana penyokong, apa pun kita akan siasat,” ujarnya.