'Demi isteri yang terlantar'

Iklan
Guo Nan (dua dari kiri) melawat pasangan suami isteri, Soon Bah dan Ah Boon di rumah mereka di Taman Ehsan pada Jumaat.

IPOH - Seorang lelaki warga emas tabah menguruskan isterinya yang terlantar akibat diserang strok di Persiaran Tawas Baru 1, Taman Ehsan di sini.

Yea Soon Bah, 76, yang menghidap penyakit prostat terpaksa melupakan rawatannya di Hospital Kuala Lumpur demi menjaga isterinya, Wong Ah Boon, 66, sejak dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Isteri saya mempunyai darah tinggi selain kami perlu bergantung pada suntikan insulin keran penyakit kencing manis.

"Keadaannya yang tidak boleh bergerak sukar untuk saya dan anak membawanya ke hospital. Kami mempunyai sebuah motosikal untuk bergerak," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurut Soon Bah, doktor memaklumkan dia disyaki mempunyai sel kanser pada buah pinggangnya dan perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut.

"Malah saya perlu jaga tiga cucu berusia enam bulan hingga 11 tahun berikutan anak perempuan saya perlu bekerja untuk tanggung kami.

Iklan

"Saya tidak mempunyai pendapatan, sewa rumah sudah tangguh dua bulan, begitu juga dengan bil elektrik. Bila ada duit, baru saya bayar tapi tidak sepenuhnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan berkata, keluarga Soon Bah memerlukan perbelanjaan dianggarkan RM1,000 sebulan untuk membeli barang keperluan termasuk lampin dewasa.

"Kita sudah bantu mohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baharu mendapat kelulusan dengan kadar RM500 sebulan," katanya.

Orang ramai atau agensi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Pusat Penyelaras MCA Ipoh Barat atau Guo Nan di talian 0125321128.