Cabaran besar Forest berdepan Spurs

Iklan
Kesebelasn Forest mahu lakar kemenangan ke atas Spurs. - Foto Getty Images

PENGENDALI Nottingham Forest, Steve Cooper mahu skuad kendaliannya itu bersedia mengharungi ‘cabaran’ besar musim ini apabila menerima kunjungan Tottenham Hotspur bagi saingan Liga Perdana Inggeris di City Ground pada Ahad.

Bagaimanapun menurut Cooper, kejayaan mara ke pusingan ketiga Piala Liga setelah menewaskan Grimsby Town 3-0 baru-baru ini diharap dapat menjadi bekal semangat buat kesebelasan The Reds itu untuk berdepan Spurs.

Iklan
Iklan

"Ia merupakan satu cabaran besar buat kita apabila berdepan dengan sebuah pasukan hebat seperti Spurs.

"Bagaimanapun, kita akan cuba sedaya upaya untuk menyaingi mereka dan menjadikan City Ground sebagai venue yang sukar untuk ‘ditakluki’ oleh mana-mana pasukan selepas ini,” katanya.

Iklan

Untuk rekod Forest kini berada pada kedudukan ke-10 EPL berbanding Spurs yang berada pada kedudukan keempat.

Sementara itu, Cooper berkata, kesebelasan Forest juga diminta agar tidak terlalu menghormati lawan dan memberikan tentangan secukupnya pada Ahad.

Iklan

"Kita mahu menjadikan kehadiran semula Forest dalam saingan EPL sebagai sesuatu yang cukup bermakna dengan melakar lebih banyak kejayaan.

"Kita pernah berada di sini (EPL) dan kini kita kembali. Sudah semestinya kita mahu menjadi antara yang terbaik,” katanya.