Noor Azman setiausaha agung baharu FAM

Iklan
Noor Azman

TEKA-teki individu mengisi kerusi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya terjawab apabila Noor Azman Rahman dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 1 September depan.

FAM ketika mengumumkan perkara itu berkata, Noor Azman yang mengisi kekosongan ditinggalkan Mohd Saifuddin Abu Bakar ketika ini bertugas sebagai Koordinator Presiden FAM sejak 2018 apabila Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai Presiden FAM.

Iklan
Iklan

"Noor Azman yang berusia 55 tahun pernah dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) pada 2012 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung MUSA selama tiga tahun dari 2015 hingga 2018.

"Pada pemilihan MUSA bagi penggal 2020-2023, Noor Azman sekali lagi telah terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden MUSA.

Iklan

"Selain pengalaman luas bersama MUSA dan tugasannya selaku Koordinator Presiden FAM, beliau juga pernah terlibat dengan beberapa jawatankuasa tetap FAM, antaranya sebagai Ahli Jawatankuasa Media FAM (2010-2013), Ahli Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM (2014-2018) serta Ahli Jawatankuasa Pertandingan FAM (2018-2019)," katanya pada Sabtu.

Untuk rekod, Jawatankuasa Eksekutif FAM dalam mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2021-2025 pada 23 Ogos lalu menerima peletakan jawatan Mohd Saifuddin yang mahu menumpukan kerjayanya ke peringkat antarabangsa.

Iklan

Tambah badan induk itu lagi, dalam pengurusan pasukan pula, Noor Azman pernah menjadi pengurus pasukan Liga FAM Melaka pada 2013, penolong pengurus pasukan Liga FAM Melaka pada 2014 serta penolong pengurus pasukan futsal kebangsaan dari 2014 hingga 2017.

"Selamat menjalankan tugas dengan profesional dan penuh amanah demi memartabatkan bola sepak negara," katanya.