KUALA LUMPUR - Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita yang menyiarkan dokumen didakwa keputusan perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor.
Pejabat itu dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, tindakan dibuat berikutan laporan yang disiarkan Portal Malaysia Today bertajuk ‘Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022’ dan ‘Download Or View The 71-Page Judgement And Guilty Verdict On Rosmah Mansor Here’ yang dikeluarkan pada Jumaat.