GTA tarik sokongan Melayu berwibawa, bersih

Iklan
Tun M

KUALA LUMPUR - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gerakan itu kini berjaya menarik sokongan orang Melayu berwibawa dan bersih yang mengutamakan perjuangan agama serta bangsa.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, GTA juga berjaya menepis penyertaan pemimpin yang hanya mementingkan duit poket sendiri berbanding rakyat dan negara.

Iklan
Iklan

"Sebab itu GTA semakin hari semakin kuat dan saya percaya orang Melayu akan sedar serta memberi sokongan kepada gerakan ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Saya juga telah berjumpa kumpulan Melayu dan mereka sudi beri sokongan.

"Mereka juga kecewa dengan apa yang berlaku dalam negara, pemimpin sedia ada tidak bertanggungjawab dan hanya penting poket sendiri sahaja selain merosakkan perjuangan selamatkan negara yang yang dicetuskan pemimpin terdahulu.

Iklan

"Sekarang kita perlu ganti orang (pemimpin) ini. Sebab itu kita tubuh GTA iaitu pergerakan perubahan orang Melayu yang sayangkan bangsa dan agama," katanya ketika berucap pada Himpunan Nasional Berjasa 2022, di sini, pada Sabtu.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, penubuhan GTA yang disertai parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli akademik dan profesional Melayu itu juga bermatlamat untuk mengurangkan jurang antara kaum dan seterusnya memastikan negara terus aman dan stabil.

Iklan

"Kaum lain tidak perlu takut walaupun GTA hanya melibatkan orang Melayu sahaja kerana kita melihat kejayaan gerakan ini akan memberikan khabar gembira kepada bukan Melayu juga," ujar beliau.