Tun M jangka PRU15 bukan tahun ini

Iklan
Dr Mahathir (duduk, kanan) dan Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim ketika sidang akhabr pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka tidak akan diadakan pada tahun ini, kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ini kerana parti di dalam kerajaan sendiri ketika ini dilihat masih belum bersedia, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didapati tidak cenderung untuk mengambil langkah tersebut.

Iklan
Iklan

"Secara peribadi, saya tak jangkakan PRU tahun ini, tapi kita tak tahu sebab Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) mahukan PRU tahun ini sebab dia berdepan kes perbicaraan mahkamah untuk jenayah dia lakukan.

"Jika mereka menang pun tidak akan jadi Perdana Menteri lagi. Jadi dia enjoying (gembira) jadi Perdana Menteri nak kekal selama yang mungkin,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi sebelum itu hadir merasmikan Himpunan Nasional 2022 Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Malaysia.

Ismail Sabri pada 21 Ogos lalu berkata, beliau berpandangan PRU15 boleh diadakan sekiranya kedua-dua faktor isu dan ekonomi dapat diseimbangkan.

Iklan

Katanya, keutamaan kerajaan ketika ini ialah menyelesaikan pelbagai isu rakyat dan negara termasuk isu projek kapal tempur pesisir (LCS) yang belum diketahui kesannya serta cabaran kelembapan ekonomi dunia yang diramal berlaku tahun depan.