Amaran ribut petir di Kuala Lumpur, Putrajaya, 11 negeri

Iklan
Amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan 11 negeri sehingga jam 7 malam ini. - Gambar fail Bernama

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam, Sabtu.

MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan pada jam 3.55 petang memaklumkan, sembilan negeri berkenaan ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, Sarawak serta dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Iklan
Iklan

Di Kedah kawasan terlibat ialah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Di Terengganu pula membabitkan Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin.

Iklan

Selain itu di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau manakala Johor membabitkan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Kawasan di Sarawak pula melibatkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Miri (Subis) dan Limbang manakala di kawasan Sabah melibatkan Sandakan (Kinabatangan).

Iklan