PKR siap sedia hadapi PRU15 seawal Oktober

Iklan
Anwar menyampaikan ucapan dan amanat khas pilihan raya pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2022 di Dewan Raja Muda Musa hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin parti itu bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan kekuatan penuh seawal Oktober.

"Seperti mana yang disebut oleh Pengarah Pilihan Raya (Rafizi Ramli tadi, (kita) siap sedia (gerak kerja) sehingga akhir September.

Iklan
Iklan

"Maknanya Oktober itu kita dah bersedia penuh,” katanya pada sidang media pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2022 di sini pada Sabtu.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR sebelum itu ketika berucap pada konvensyen tersebut berkata, pembahagian kerusi bersama Pakatan Harapan (PH) akan diselesaikan dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Iklan

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, senarai pendek awal calon PRU15 parti itu juga dijangka dikeluarkan dalam tempoh yang sama.

Dalam pada itu, Anwar berkata, PKR dan PH sudah merangka strategi untuk menangani beberapa kelemahan yang berlaku dalam dua pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini di Johor dan Melaka.

Iklan

"Jadi akui kita ini juga adalah sebahagian besar terpalit dengan penguasaan 22 bulan kerajaan PH. Sebab itu dalam mesyuarat Majlis Presiden PH lalu keputusan kita adalah satu logo.

"Kita buat beberapa penyesuaian supaya rakyat tidak dibebankan dengan anggapan atau andaian kita guna pendekatan yang sama,” ujarnya.