'Sedia hadapi PRU15 bila-bila masa'

Iklan
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua jentera parti itu dan BN bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, beliau memberitahu akan membawa mandat rakyat untuk menyegerakan PRU15 pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Sabtu.

"MKT UMNO sentiasa konsisten mahukan PRU15 diadakan segera terutamanya selepas imuniti kelompok berjaya dicapai.

Iklan

"Bila lagi? Kita konsisten dan istiqamah menuntut segerakan PRU15 kerana kita menghormati mandat rakyat. Kita mahu kerajaan yang mempunyai keabsahan rakyat, bukan melalui percaturan politik.

"Kita mahu pulangkan mandat itu kepada rakyat. Kita konsisten sejak dari awal lagi," katanya pada sesi Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN meminta semua akar umbi menyokong petisyen pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun katanya, apa jua keputusan bergantung kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Selain itu, kita akan gerakkan akar umbi untuk menulis surat untuk tatapan Datuk Seri Najib.

"Tulisan beliau di Facebook juga akan dibukukan dan dijadikan sebagai bacaan, seterusnya menjadi senjata UMNO yang perlu digerakkan," jelas beliau.