KUALA LUMPUR - Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masih mendakwa wang RM42 juta yang masuk ke dalam akaun bank anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah derma daripada kerabat diraja Arab Saudi meskipun mahkamah membuat keputusan dan penilaian sebaliknya.
Shafee membuat dakwaan berkenaan ketika berucap kira-kira 20 minit pada Taklimat Khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dihadiri ketua-ketua bahagian dan cawangan parti itu.