KOTA BHARU - Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu mencipta rekod buat julung kalinya dengan menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 72 meter sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-65 tahun ini.
Menariknya, Jalur Gemilang tersebut dihasilkan seluruh warga pelajar IPG bagi menzahirkan semangat cintakan tanah air.
Pengarahnya, Dr Khairuddin Said berkata, proses menghasilkan bendera itu mengambil masa dua minggu melibatkan penyertaan 834 pelajar daripada 36 kelas.
"Setiap kelas ditugaskan untuk menyiapkan dua meter Jalur Gemilang bermula dari proses melukis dan mewarna.
"Ini merupakan usaha kami untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan pelajar," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jalur Gemilang Sepanjang 72 Meter Sempena Sambutan Kemerdekaan Peringkat IPG Kampus Kota Bharu di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, sambutan kali ini disifatkan antara paling meriah selepas dua tahun tidak dapat dianjurkan secara bersemuka akibat pandemik Covid-19.
"Besar harapan agar warga pelajar dapat mengambil nilai-nilai murni sepanjang menjayakan penghasilan Jalur Gemilang itu.
"Kita mahu semangat penyatuan itu terus diterjemahkan apabila mereka menggalas tanggungjawab sebagai warga pendidik pada masa akan datang," katanya.
BERITA SEMASA 28 OGOS 2022
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu mencipta rekod buat julung kalinya dengan menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 72 meter sempena ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-65 tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.
Pengarahnya, Dr Khairuddin Said berkata, proses menghasilkan bendera itu mengambil masa dua minggu melibatkan penyertaan 834 pelajar daripada 36 kelas.
Setiap kelas ditugaskan untuk menyiapkan dua meter Jalur Gemilang bermula dari proses melukis dan mewarna.
Artikel:https://bit.ly/3wYuGbt
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #beritasemasa" />