Haaland mula tunjuk bisa

Iklan
Haaland meledak hatrik ketika membantu City membenam Palace 4-2 pada aksi EPL. - Foto Agensi

PEMAIN sensasi, Erling Haaland meledak hatrik pertamanya dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Manchester City bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum menewaskan Crystal Palace 4-2 malam tadi.

Pada aksi di Stadium Etihad itu, The Citizens goyang pada babak pertama apabila gol sendiri John Stones dan tandukan Joachim Andersen meletakkan Palace di landasan bagi meraih kemenangan.

Iklan
Iklan

Ia kali keempat dalam enam perlawanan terakhir EPL, City bimbingan Pep Guardiola ketinggalan dengan dua jaringan.

Bagaimanapun, mereka tidak tewas dalam tiga aksi dan menang juga kali ini menerusi tindakan cemerlang Haaland.

Iklan

Selepas Bernardo Silva kembali merapatkan jaringan pada babak kedua, Haaland meledak gol pertamanya di laman sendiri buat City semenjak berpindah dari Borussia Dortmund.

Penyerang Norway itu meledak dua lagi gol yang mengejutkan Palace sebelum menambah koleksi kepada enam gol dalam empat perlawanan awal EPL.

Iklan

"Perlawanan seperti inilah sebabnya saya berada di sini, untuk menukar keadaan ketika kami berdepan kesukaran," kata Haaland.

Pemain berusia 21 tahun itu seakan sudah serasi dengan Stadium Etihad apabila menguasai padang dengan selesa.

"Kami bermain sesama kami. Kami tidak kisah siapa yang menjaringkan gol, ia mengenai kemenangan dan mentaliti kemenangan," ujar Haaland.

Ia kali kedua berturut-turut City terselamat selepas ketinggalan 1-3 sebelum terikat 3-3 di Newcastle hujung minggu lalu.

Juara bertahan itu masih jauh daripada prestasi sebenar mereka, namun kemenangan ketiga daripada empat aksi awal menyaksikan mereka menghuni tangga kedua di belakang Arsenal.