21 penternak ikan air tawar terima bantuan RM600,000

Iklan
Kasim (dua kiri) menyerahkan bantuan kepada penerima terlibat. - Foto Pejabat Perikanan Negeri Sembilan.

JELEBU- Seramai 21 penternak ikan air tawar termasuk seorang nelayan darat di Jelebu yang terjejas akibat banjir pada Disember tahun lalu menerima bantuan dan Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan ( SPeKS) berjumlah RM600,000 daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, mereka menerima bantuan peralatan antaranya kincir angin, pam air, jaring tangkap ikan dan udang galah, makanan ikan serta benih ikan.

Iklan
Iklan

Katanya, diharap bantuan disalurkan dapat membangkitkan semangat baharu kepada penternak yang terjejas dengan musibah banjir yang melanda Jelebu pada hujung tahun lalu.

"Diharap mereka tidak berputus asa meneruskan projek akuakultur dan dapat meningkatkan semula hasil pengeluaran ikan dan udang galah," katanya dalam satu kenyataan selepas selesai penyerahan bantuan di Pejabat Perikanan Daerah Jelebu, pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama Ketua Daerah Perikanan Jelebu, Mohd Azhar Jusoh.

Seramai 32 penternak dari daerah Jelebu kerugian RM10.5 juta akibat banjir yang memusnahkan kolam ternakan serta peralatan termasuk makanan ikan.

Iklan

Sebelum ini penternak dari daerah ini turut menerima bantuan daripada MAFI apabila RM568,757 disalurkan kepada penternak yang terjejas.